Thursday, January 20, 2011

Entry pembukaan

salam.

yeah. hari ini dengan free & senang lenang nya sempena cuti Thaipusam aku duduk di hadapan laptop untuk membangunkan satu lagi blog yang bakal menjadi sebahagian dari belahan jiwa aku.

woo~

ya. ini blog baru. aku wujudkan dengan semangat yang kental & membakar. uhuhu. maaf, ini bukan blog emo. jauh skali blog caci maki. bukan juga blog fitnah-fitnah dengki-dengki. aku mahu hidupkan blog ini dengan himpunan gambar..snap-shot snap-shot yang aku sempat rakam dengan lensa canon 1000d pemberian mak ayah terchenta.

ya. aku ialah seorang beginner yang mahu berjinak-liar dalam dunia fotografi. ilmu aku dangkal. pengalaman aku sifar. yang aku ada cuma sebiji camera yang belum habis aku explore pon.

aku percaya, kreativiti yang tinggi dalam mengambil gambar melangkaui kecanggihan camera yang kita guna. walau dengan camera compact berpixel rendah, atau camera hand phone murah, gambar masih mampu kelihatan hebat..!

untuk permulaan, aku banyak berintuisi dengan laptop & internet untuk belajar teknik dan melihat pengaruh dunia photografi kepada masyarakat, persepsi orang ramai dan tahap penilaian individu terhadap nilai estetika sekeping gambar. kenapa gambar itu boleh terjual dengan harga jutaan ringgit? wow..!

dan aku juga melihat bagaimana sesetengah individu menjadikan lensa camera sebagai jalan dakwah untuk mendekatkan diri kepada penciptanya. boleh aku jadi seperti itu? mengispirasikan foto-foto Peter Sander sebagai paksi dalam idea aku demi mencari gambar yang menarik.

ok dah. aku kepilkan sekeping gambar kegemarang menggunakan camera murah berpixel rendah ayah aku.


bayangkan jika shot ini diambil dengan menggunakan canon EOS sebarang siri @ olympus separa compact - separa dslr yang baru launch kat mlasia kemarin? (aku tau sebab baru baca paper tadi..keke)

bak kata orang futih, picture tells a thousand words.

jadi? stakat ini saja entry pembukaan. panjang kot. see yahh...!